Sunday, August 31, 2008

Ramadhan


KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Wednesday, August 27, 2008

Attantuya Still alive???


Attantuya Still alive???
Tok kawan gila ku,terkejut mek org tgk muka nya pake cermin mata barunya meli (murah jak) ha3...jangan marah a,guro jak...muka nya sejibik macam muka Anttantuya (betul ka ejaan ya) Minta Maaf kalo salah..
Harap2 settle kes ya cepat2 o...
Peace 4 my Fren...

kawen siaPa?


salam...
mok cita pasal kawen sapa...emmm
mesti rame juak yang tauk kawen sapa tok...he3
k lah,tau kan..
tengok gamba pun tau ha3
Hasniaronie dengan pasangan nya Azizul..
nama sebenar laki Runie tok sik pasti juak ku,tapi ada ahmad lah,cam ya
he3...sorry Zizul he3.. Akhirnya selamat semua nya untuk kawan ku ya ha3
Palak gila cam aku juak tapi tahap under control lah ha3..
Ku g ari Jumaat 22hb ogos,pas keja...chow trus g Bintulu,p kenak singgah ambik
bakal adik ipar Runie (time ya) dr Sabah (keja cikgu cnun)..sebelum ya gik..ambik hadiah kat Tmn Tunku
dari Roniliza,sbb nya sik dpt g...pas g airpot,g sekolah Sains ambik kazen (asa2nya) he3..nama nya Amoi,
sorry sik tau nama sebenarnya...he3...kira2 kul 6pm p ya berlepas belon mek org ya...he3 (kete BB)..
sampe2 kat Bintulu...emmm dekat 9pm cam yalah,singgah umah Runie anta adik iparnya lok,then
stay umah Bibi.. Esok pagi,Bibi g test sampe petang,aku...emmm tunggu masa Kak Kaf ambik ku dr umah Bibi g umah bakal pengantin..he3..kira2 kul 2 p ya... Then sik sampe 1 minit dah sampe ha2..dekat jak sebenarnya..
Majlis Akad Nikah ya pun berlansung sik lamak p ya... Part tok sedih kit hu3... biasalah pantang tangga org nanggis tok...hu3...tenggah ambik video,pande menyalir aik mata hu3... Sebenarnya Runie ya mula lagu 'Hujan' pa gik,layan jak he3... dah lepas dengan satu lafas jak Zizul,abis dah status single Runie...ha3 tok dah jadi bini org dah... Keesokkan ari nya 24hb sidak 2 sanding... Rame org datang lah,bapak nya kira glamor juak kat kampung ya,cam anak nya juak he3...agik pun Zizul ya Cikgu,so satu sekolah g pengilan...he3..
Ku balit miri ikut Ebun,sbb Bibi g Kuching ari isnin ya,da keja...kira2 kul 5petang,mek org dr Bintulu,sampe Miri kira2 kul 7pm....Best nye...dah sampe Miri...